Alahai....1Malaysia: Mat Salih Didahulukan, Ringgit Diutamakan!!

Pelumba F1 Malaysia: ke mana si-sawo matang?


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan bangganya mengumumkan di bangunan Parlimen tadi bahawa Jarno Trulli dari Itali dan Heikki Kovalainen dari Finland dipilih sebagai pemandu pertama dan kedua Pasukan Lotus F1 Racing Malaysia. Pemandu tempatan, Fairuz Fauzy pula cuma dipilih sebagai pemandu ketiga pasukan berkenaan.

Pasukan Lotus F1 Racing disahkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menjadi salah sebuah pasukan yang bakal menyertai perlumbaan F1 musim 2010.

Mereka selalu dendangkan slogan: 1Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sekarang apa sudah jadi? Dalam Lotus F1 Racing Malaysia, pelumba Malaysia hanya menjadi pelumba ketiga. Pelumba pertama dan kedua Mat Salih belaka. Senang-senang saja slogan rakyat didahulukan ditukar kepada Mat Salih didahulukan. Mungkin pelumba Mat Salih ini diperlukan untuk strategi pemasaran. Nama Mat Salih yang berbelit-belit tu kan ada nilai komersil, nama Melayu mana ada nilai komersil?

Alahai...apabila duit menguasai minda, slogan semuluk mana pun boleh simpan bawah bantal dulu.

Justru, sekarang kita boleh kata 1Malaysia: Mat Salih didahulukan, ringgit diutamakan!

~ pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter