Zambry Black, Jangan Caya Tahyul!!

Mula-mula jambatan runtuh di Perak. Malam tadi tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh pula runtuh. Di bangunan itu pernah tercipta pelbagai sejarah - pengambilalihan kuasa negeri oleh order baru kerajaan PR, rampasan kuasa secara tak bermoral oleh order primitif BN, kisah MB Nizar yang dilayan secara biadap oleh Datuk SUK, cerita Speaker diusung keluar DUN secara kekerasan dan lain-lain peristiwa hitam dan pelik.

Mujurlah kejadian keruntuhan tembok yang berlaku pada kira-kira jam 9 malam itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa sama ada kepada Datuk SUK atau kakitangannya, kerana ketika itu semua orang sudah meninggalkan pejabat. Keruntuhan sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu mengakibatkan kerugian yang dianggarkan kira-kira RM10,000.

Alahai, mula-mula jambatan runtuh, kemudian tembok yang menjadi mercu tanda kekuasaan negeri pula runtuh. Apa lagi yang bakal runtuh di Perak lepas ni? Zambry Black diharap tidak percaya kepada ramalan bintang atau tahyul yang boleh menyebabkan dia susah nak tidur malam!

~ pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter