Kes DSAI ditangguh lagi....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan 23 November sebagai tarikh permohonan rayuan dan sebut semula kes dakwaan liwat ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tarikh berkenaan setelah dipersetujui barisan peguambela dan juga pendakwaraya kes ini.

Hakim turut mengarahkan peguam Anwar mengumpulkan semua dokumen dan keputusan specimen DNA yang dijangka keluar pada Jumaat ini untuk dibawa pada perbicaraan 23 November ini sebagai bahan bukti.

Anwar yang diwakili peguam tiba di mahkamah jam8.55 pagi untuk menghadiri sidang pendengaran berkenaan di Kompleks Mahkamah,Jalan Duta

Turut hadir memberikan sokongan,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saiful Bukhari Azlan yang turut hadir di mahkamah menyatakan kekecewaannya berhubung penangguhan ini dan bersedia memberikan keterangan pada bila bila masa.

Terdahulu, Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sumber: TVAntara

 
Load Counter