Pemilihan Isa Samad: Bumi bergegar, lautan meroyan!!

Mak oi tuan.... gara-gara pemilihan Isa Samad sebagai calon UMNO bagi PRK N31 Bagan Pinang, bumi Padang di Sumatera bergegar. Bumi pun terkejut dengan tindakan UMNO yang memilih seorang perasuah politik menjadi calon mereka. Bukan setakat bumi terkejut, lautan pun meroyan sama mendengar berita tersebut. Setelah bumi dilanda gempa, tsunami pulak melanda.


Bumi berkata: Ya Allah takdak orang lain ke hangpa nak pilih?? Awatlah kuda tua yang rasuah tu jugak yang hangpa suka?? Mampuih UMNO!!


Laut pula menyampuk: Jahanam!! Jahanam!! Jahanam UMNO!!


Tentu anda tertanya-tanya... mengapa pulak bumi di sana yang bergegar dan lautan di sana yang bergulung giler?? Mengapa bumi dan lautan di sini relax jer???

Sebabnya.... bumi dan lautan di sana lebih peka, lebih prihatin dan lebih aware tentang kedurjanaan yang telah dan akan UMNO lakukan. Mereka tahu UMNO ni... cakap tak serupa bikin!!! Sebab itu, mereka memilih anak bumi yang rasuah, bernama Isa Samad, sebagai calon pilihan mereka. Malang sekali, bumi dan lautan di sini masih 'high' dibuai mimpi indah dan anak-anak buminya khususnya di Bagan Pinang begitu syok berada di bawah ketiak hangit UMNO.

Apa-apa pun, tahniah kita ucapkan kepada Muhyiddin Yassin serta UMNO kerana telah membuat pilihan yang 'bijak' . Yes... memang 'bijak'!!!

Akar umbi UMNO di Bagan Pinang memang 'bijak' mendesak dan mengugut supaya Isa Samad dipilih untuk mewakili mereka di DUN Bagan Pinang. Mau tak mau... PM dan TPM Satu Malaysia terpaksa akur dengan kemahuan akar umbi Bagan Pinang. Sekarang... Isa Samad boleh tersenyum lebar sampai ke telinga kerana diberi peluang untuk membuat 'comeback' dalam arena politik khususnya di Negeri Sembilan.

Impak daripada pemilihan Isa Samad, bukan saja menggegarkan bumi serta menimbulkan amarah lautan di seberang sana tetapi Che Det jugak turut terpukul. Ternganga dan terkedu dia!!! Kesian Che Det.... nasihat dia orang dah tak pakai. Dah tak laku.....

So... will UMNO change??? Never!! Jangan harap dan jangan mimpilah!!

Pemilihin seorang perasuah politik seperti Isa Samad untuk dikekalkan dalam landskap politik UMNO adalah bukti yang UMNO, yang dikepalai oleh Najib Satu Malaysia, hanya berkhayal dan beretorik semata-mata apabila mereka mengatakan mahu men'transform'kan UMNO sebagai sebuah parti yang credible serta bebas rasuah. Bravo!! Ini pasti akan mempercepatkan proses tumpornya UMNO di bumi Satu Malaysia.

Itu cerita di bumi satu Malaysia. Pertempuran yang bakal berlaku di PRK Bagan Pinang pasti hebat dan sengit. Namun... tidaklah sehebat penderitaan yang dihadapi oleh penduduk dan saudara kita di Padang Sumatera yang dilanda gempa bumi dan tsunami. Simpati dan takziah kita hulurkan kepada mereka di seberang sana, atas mala petaka yang menimpa. Mungkin ini dugaan daripada Allah SWT. Banyakkan bersabar. Doa kami bersama kalian di sana.

Kita juga berdoa kepada Allah SWT semoga dalam PRK Bagan Pinang ini nanti, akan berlaku 'tsunami' politik yang akan melenyap dan meranapkan penguasaan UMNO dan kerusi DUN N31 Bagan Pinang akan beralih kepada PAS/Pakatan Rakyat.

Takbir!! Takbir!! Takbir!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter