Frrrooooogggg... Frrrrroooogggg!!

ADUN Pelabuhan Klang iaitu Badrul Hisham Abdullah telah mengisytiharkan keluar daripada PKR untuk menjadi ADUN bebas yang BN-friendly.

Ho Yeah!! HoYeah!! HoYeah!!

Tahniah kerana anda telah menjadi katak!!


Seekor lagi manusia telah memilih untuk menjadi katak. Raja Katak Brahim Ali mesti gumbira kerana telah berjaya menambahkan ahli Kelab Katak Satu Malaysia, yang dipengerusikan olehnya.


Yang syoknya, katak-katak dari PKR ini, apabila melompat, suka bebenor menghampiri kolam taik yang dipunyai oleh Barisan Najis. Berkelayau demer dekat kolam taik tu. Teghojun ke dalamnya, idak pulak lagi. Takkan malu kot? Or... not ready yet? Or... UMNO tak sior??


Isy... apa tunggu lagi. Lebih-lebih lagi komer pun dah terpalit dengan najis, so teghojun ajer ler. Kata orang tua-tua, alang-alang seluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tak payah BN-friendly.... BN-friendly.... masuk terus BN habis ceriter.

Sebenor nyer, aku suka demer-demer ni keluor. Katak-katak macam demer, yang good for nothing ni, tak menjadi eset kepada parti. Menyusahkan lagi ada... sebab demer ni kebanyakannyer calon bidan terjun. Otak.... tarak punyer, sebab tu tak boleh buat kerja dan abaikan kawasan demer dan tak ada apa-apa usaha pun untuk buat sesuatu bagi penggundi di kawasan tersebut. Contoh terbaik YB yang underperform. Setakat berlagak jadi YB boleh harap!!

Weh oi... kredibiliti demer is a big question mark, responsibiliti terhadap tanggungjawab dan amanah, memang amat menyakitkan hati. So, apalah nak diharapkan sangat pada samdol ni. Oleh itu, lantak pi la dia nak pergi. Sejauh mana dia nak pergi dalam politik?? Politcally, he's dead.

So, Badrul Hisham, enjoyler apa yang kamu ada buat sementara ini sebab come PRU 13 nanti kamu akan diterjang pulak oleh UNMO. Jangan harap nak dicalonkan semula. If....if... if.... katakanlah UMNO kesiankan kamu dan kamu dicalonkan, pasti para pengundi DUN Pelabuhan Klang pulak yang akan terajang kamu ke dalam laut... bior dimakan jerung!!

Apa-apa pun terima kasihlah kerana mengurangkan beban PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Adios!!

Fuuuhhhh..... lega rasanya!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter