Bn Wajib Kembalikan Hak Rakyat Perak

AKMAL KAMARUDIN

Sepanjang tempoh umur Pakatan Rakyat Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negari Perak.Kerjasama erat yang diperlihatkan dalam Pakatan Rakyat Perak amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN

Suasana ini tidak menyenangkan Umno/BN, menyebabkan mereka tegar untuk melakukan pelbagai tindakan tanpa susila. Umno/BN yang begitu tertekan telah merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat melalui pilihanraya yang sah . Sekaligus, Umno/BN telah mencabul suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan berlakunya campur tangan kuasa eksekutif dalam badan kehakiman.

Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang baru bertunas dan sedang berbakti kepada rakyat telah diracun dengan peras ugut dan rasuah politik.

Lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan ’standing order’ Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat Dewan Undangan Negeri Perak bersidang telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa . Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia yang rukun dan berdaulat.

Umno/ BN harus sedar kestabilan politik adalah pemangkin kepada perkembangan ekonomi. Pelbagai persoalan yang mungkin akan mewarnai ekonomi negeri Perak akibat dari kezaliman, keegoan, kerakusan, pencabulan undang- undang, rasuah, penipuan media, penafian hak dan banyak lagi. Siapa yang berani berlabuh dan berdagang, bila Melaka sudah ditawan benggali putih, siapa yang ingin bernaung kalau pemerintahan sudah tidak berdaulat. Akhirnya Melaka yang merupakan pelabuhan antarabangsa tapi kini hanya bahan sejarah untuk dimuatkan di dalam arkib.

Diriwayatkan seorang pemerintah Kisra,Anu Syarwan bin Qubaz keluar berburu bersama dengan tenteranya,oleh kerana beliau memecut kuda terlalu laju sehingga menyebabkan terpisah dari tenteranya.beliau menunggang seorang diri dalam keadaan sangat dahagakan air,lalu beliau sampai di satu kebun buah delima dan dalam kebun itu beliau berjumpa dengan seorang budak, lalu beliau berkata kepada budak itu;berikan kepadaku sebiji buah delima, maka budak itu memberikan sebiji buah delima kepada Anu Syarwan,lantas beliau membelah dan megeluarkan bijinya dan memerahnya,maka keluar air dengan banyak lalu beliau meminumnya, dan mendapati rasanya sangat sedap dan lazat.

Oleh kerana buah delima ini menakjubkan maka beliau berazam untuk merampas kebun delima itu dari pemliknya, lalu beliau berkata kepada budak tadi;berikan kepadaku sebiji buah delima lagi,lalu budak itupun memberi sebiji lagi buah delima kepadanya, dan apabila beliau perah buah itu, air yang keluar terlalu sedikit dan apabila beliau minum rasanya sangat kelat, lalu beliau bertanyakan budak itu,kenapa buah delima ini sangat kelat sedangkan ia dipetik dari pokok yang sama?maka berkata budak itu barangkali pemerintah negeri ini berazam melakukan kezaliman.

Apabila mendengar ucapan budak itu maka Anu Syarwan pun bertaubat di dalam hati daripada melakukan kezaliman.lalu beliau meminta sebiji lagi buah delima, budak itupun memberi kepadanya buah delima dari pokok yang sama,apabila beliau perah, beliau dapati air yang keluar dari buah itu sangat banyak lebih banyak dari buah delima yang pertama tadi dan rasanya lebih sedap dari buah delima yang pertama tadi,beliau kehairanan lantas bertanya kepada budak itu, kenapa buah yang ketiga ini airnya sangat banyak dan rasanya sangat sedap?maka budak itupun menjawab;Barangkali pemerintah negeri ini sudah bertaubat dari kezalimannya.

Apabila Anu Syarwan mendengar ucapan budak itu dan ucapannya betul betul sama dengan apa yang ada di dalam hatinya maka beliau lantas bertaubat dari segala kezaliman yang telah beliau lakukan dan berazam tidak mahu melakukan kezaliman lagi. Apabila beliau mati maka beliau dikenali dengan pemerintah yang adil sehingga ada yang berbangga dengan mengatakan : Saya dilahirkan pada zaman pemerintahan adil (Anu Syarwan bin Qubaz).

Kisah ini menunjukkan tekad Anu Syarwan untuk merampas kebun delima yang sangat lazat yang belum pernah beliau lihat dan rasa, lantas dengan serta merta buah delima mejadi kelat.

Apakah kaitannya cerita Pelabuhan Melaka, Anu Syarwan dan Negeri Perak. Barangkali Umno/ BN ingin menambah koleksi sejarah rampasan kuasa.Bayangkan bagaimana rampasan kuasa rakyat yang sudah berlaku sesudah perkembangan ekonomi negeri Perak pada tahap yang baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sudah pasti kekelatan ekonomi akan berlaku lebih teruk dari kelatnya buah delima.

Akhirnya Anu Syarwan bertaubat dari merampas kebun menyebabkan air perahan buah delima menjadi lebih banyak dan lebih lazat.BN juga mesti bertaubat dengan menghormati pilihan rakyat dengan mengembalikan hak rakyat yang bertungkus lumus,bermandi peluh,menghabiskan wang simpanan dan sebagainya demi untuk memenangkan PR pada PRU 2008, akhirnya BN dengan senang lenang merampas kerajaan PR yang diamanahkan rakyat, maka rakyat mula menitiskan air mata mengenangkan perubahan yang mereka lakukan bertemankan pengorbanan yang sangat tinggi nilainya dinafikan begitu sahaja oleh BN

Walau bagaimanapun, betapa kuat sekalipun cabaran dan ugutan, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri Perak, tetap tidak berganjak. Kerjasama erat yang terjalin tetap utuh telah membimbangkan pihak lawan dan disegani oleh kawan.

Lebih menarik, kerjasama ini diperkuatkan lagi dengan penubuhan sekretariat pemuda PR Perak secara rasmi pada 24 Okt 2009 di Markaz PAS Kawasan Lumut . Sekretariat ini bertekad membawa suara majoriti orang muda Perak yang semakin hari semakin bosan dengan permainan politik kotor BN. Perbuatan mereka yang suka mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR sebagai pemegang amanah kerajaan Perak telak menconteng arang di muka mereka sendiri. Laungan "kami lebih banyak YB dalam DUN" “mahkamah pilih BN” lebih mengecewakan rakyat, terutama orang muda kerana ia mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR dalam PRU 2008.

Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kemelut ini, DUN Perak mesti dibubarkan segera untuk menyerahkan mandat kepada rakyat sebagai hakim.

Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Perak

Sumber: http://gigitankerengga.blogspot.com/

 
Load Counter