Umno lepaskan peluang untuk pecahkan angka 0

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah memutuskan bahawa Dun Kota Siputeh tidak kosong walaupun Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail mendakwa ADUN kawasan tersebut, Datuk Abu Hassan Sarif telah hilang kelayakkannya setelah gagal untuk menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali.

Di dalam Seksyen 51 Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang. Di dalam klausa ini, ianya tidak menyebut perkataan berturut-turut itu harus di dalam penggal yang sama, tetapi SPR mentafsirkannya bahawa ianya harus berlaku di dalam penggal yang sama.

Namum, SPR sama seperti kes di Perak, telah menggunakan melampaui kuasa mereka untuk menentukan bawah sesebuah DUN itu kosong atau tidak. Sedangkan, fungsi mereka hanyalah menjalankan pilihanraya sahaja.

Ini juga bermakna, Barisan Nasional telah melepaskan peluang mereka untuk memecah tembok kukuh Pakatan Rakyat di Semenanjung dimana BN belum pernah menang di dalam kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung pasca PRU-12 walaupun sudah diadakan sebanyak tujuh kali.

Walaupun apa pun kenyataan dari SPR, tetapi ramai percaya keputusan ini adalah kehendak Umno sendiri.

Pada PRU-12 lalu, Datuk Dr Abdul Isa Ismail cuma menang dengan mojoriti 495 undi kepada calon PAS, Ismail Wan Teh. Jumlah pengundi berdaftar di kawasan ini ialah 19,771 orang.

Kemungkinan dengan jumlah majoriti yang kecil ini dan ditambah pula dengan gelombang penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional, maka Umno mengambil langkah selamat untuk tidak mengadakan pilihanraya kecil di kawasan itu.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter