Umno Jangan Sombong..!! Hang perlu belajaq dari PAS.

Mantan PM,Tun Mahathir dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju 100 peratus,sekiranya Isa Samad dicalonkan sebagai Calon BN di Bagan Pinang.

Ketegasan beliau ini mempunyai asas yang kukuh,apabila melihat senario politik masakini dimana para pengundi sudah bijak menilai calon yang akan diketengahkan oleh sesebuah parti tersebut. Kalau dilihat kekalahan BN sebanyak tujuh kali dalam PRK yang lalu,telah dapat menggambarkan kepada kita bahawa PAS lebih mendepani dalam kredibeliti calon yang bersih dan amanah yang diperlu dan diharapkan oleh para pengundi masakini untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan kemajuan kawasan yang diamanahkan kepadanya.

Isa Samad pernah digantung 3 tahun pada 24 jun 2005 kerana terlibat dengan rasuah politik semasa pemilihan Umno 2004,itu pun beliau bernasib baik kerana hukuman yang ditetapkan 6 tahun di pendekkan kepada 3 tahun selepas beliau membuat rayuan.

Pimpinan Umno jangan rasa "malu-malu alah"ewahh..apabila terpaksa akur dengan kehendak pengundi masakini dan mereka pelulah belajar daripada PAS dalam strategi memilih calon yang diperlukan oleh para pengundi.Calon bukan saja hanya dikenali oleh penduduk tempatan tetapi apa yang lebih penting dan meyakinkan pengundi ialah keperibadian dan ketelusan calon agar menjadi pilihan para pengundi.

Dalam hal ini,Pas lebih berjaya kerana tidak ada sekumit pun calon mereka yang terlibat dalam salahlaku atau politik wang yang selama ini menjadi budaya dan darah daging amalan berpolitik dalam Umno.Contohnya di PRK Pematang Pasir,Umno bungkus bantal dan tilam apabila kalah teruk disebabkan calon yang tidak amanah dan mempunyai latarbelakang yang tidak memuaskan hati para pengundi.

Mungkinkah Umno sudah kepupusan calon Mr.Clean..?Mungkin juga..kerana setiap kali calon yang dicanangkan oleh Umno sebagai yang terbaik dan terclean itu jugalah yang mempunyai banyak masalah.Untuk itu pimpinan tertinggi Umno perlu merenung dan jangan hentam semborono akan desakan dan ketegasan Tun Mahathir.Kalau tidak...lu orang akan Ruyuppppp...

Bai : Sendili Mau ingat maa..

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter