'Tangan - Tangan Ghaib' Gesa Malaysiakini Jangan Siar Video Kepala Lembu

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia meminta portal berita alternatif Malaysiakini menurunkan 2 video 'provokatif' dari laman webnya. 2 video yang dimaksudkan Suruhanjaya tersebut adalah video perarakan kepala lembu dan video Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein membela penganjur perarakan itu.

Dari surat Suruhanjaya tersebut yang dipamerkan di laman Malaysiakini, suruhanjaya itu mendakwa 2 video menanam rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Demikian itu, kata Suruhanjaya tersebut, ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 211/233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.Surat bertarikh 3 September ini ditandatangan Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Abdul Halim Ahmad.

Di bimbangi arahan tersebut di keluarkan atas arahan 'tangan-tangan ghaib' untuk menutup kejadian sebenar. 2 kejadian tersebut telah membangkitkan kemarahan masyarakat India khasnya. Tindakan tersebut di anggap provokasi untuk menimbulkan huru-hara dalam negeri Selangor. Agama Islam tetap menghormati kebebasan beragama dan Islam tidak membenarkan umatnya menghina agama lain seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran bermaksud :

"Dan janganlah kamu maki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan, Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan". Surah An'am ayat 108

Oleh : addin

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter