Sempena Sidang Dun Perak Semalam

Salam semua....

Semua orang tahu hari Kerajaan Ir Nizar bersidang di Ipoh semalam, dan seperti biasa kaldai tunggangan MB MELAMAK (MELAYU+MAMAK) Perak telah membuat rusuhan bagi menghalang Ir Nizar dan Speaker of Perak dari bersidang di dalam SUK...

Dan ini bukan kali pertama tapi kali kedua Kaldai tunggangan MB MELAMAK buat macam nih.. Kita sebagai rakyat yg melihat hanya boleh memuji/mengutuk sahaja tindakan Kaldai tunggangan MELAMAK ni.. Nak masuk campur pun kita nih sape lah kan berbanding KERABAT MELAMAK nih kan.. MB MELAMAK kan bayar gaji kaldai-kaldai die gaji bersuap lagi manja-manja gitu..

Kalau korang bukak lah mana-mana blog hampir keseluruhannya membuat liputan tentang sidang dun semalam... KALDAI Tunggangan siap warning untuk tidak berkumpul didalam araund 30 meter kawasan dun... yang POLIKnye warning nye bertambah pulak kecuali yg pakai baju kuning saja boleh kumpul dalam area tu... siap diberi perlindungan lagi... tak tau lah kenapa... munggkin kumpulan BERSIH kut ataupun KUMPULAN MELAMAK jugak... who knows..

Baginda agak kecewalah dengan tindakan mereka (kaldai tunggangan MELAMAK) nih, dahlah mendoublestandardkan undang-undang malah membuat undang-undang sendiri..

Sedang baginda mengecewakan diri baginda terbaca satu komen dari pembaca BLOG KERAJAAN RAKYAT bernama UMAR, dan pada baginda dia dah sampaikan apa yang baginda rasa (kira sehati sejiwa la nih), so seperti biasa watpe baginda nak tulis isik hati baginda sebab ia sama je, so korang baca lah sendiri...


Umar Says:

September 2nd, 2009 at 2:20 pm

Kerajaan rakyat,

Kemelut politik dalam Kerajaan Negeri Perak sebenarnya memperkenalkan siapa Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.

Kejadian yang dianggap pelik tetapi benar berlaku. Didalam pentadbiran kerajaan negeri terdapat dua Menteri Besar… yang halal dan yang haram.
Ini semua terjadi kerana Datuk Seri Najib mewakili kerajaan Barisan Nasional tidak boleh bersabar untuk menunggu masa yang sesuai bagi menakluk semula negeri Perak.
Untuk menutup kejahatannya maka Peguam Negara, Polis, SPRM, SPR dan SUK telah bersatu dan bersubahat memperlecehkan undang-undang yang diguna pakai sebagai rujukan.

Mungkin dalam masa yang terdekat ini mereka akan gunakan juga angkatan tentera bagi mengukuhkan kuasa mereka…? Kalau itu yang berlaku… amat malang rakyat dan negara Malaysia.

Sebenarnya bukan semua anggota polis menyokong tindakan Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat khususnya ADUN Pakatan Negeri Perak, tapi mereka adalah manusia yang diperalatkan sebagai robot yang menurut perintah.

Oleh kerana itu kita akan lihat polis yang bertugas berlagak seperti samseng yang tidak ada anak dan isteri dirumah. Sedangkan anak dan isteri mereka juga hidup merempat yang tidak mampu menyara hidup dengan harga minyak yang naik, harga tol yang membebankan, dan berbagai tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan Barisan Nasional seperti mana yang dirasai oleh rakyat Malaysia….

Negeri Perak yang kita cintai ini adalah negeri tempat kita sebagai rakyat Malaysia mempelajari perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Semua undang-undang yang dikatakan telah digubal untuk menegakkan keadilan tetapi diputar belitkan menjadi undang-undang berat sebelah.
Pemimpin Pakatan Rakyat perlu menghayati pencabulan undang-undang ini sebagai pekara yang perlu dijadikan sebagai sempadan dan panduan bagi negeri lain yang masih dikuasai.

Kita telah melihat dengan jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kekerasan kuku besinya bagi melemahkan semangat perjuangan Parti Pakatan Rakyat.
Setiap kekerasan dilawan dengan kekerasan hasilnya akan menghasilkan peperangan yang tiada penghujungnya. Tetapi jika kekerasan itu dilawan dengan akal yang berilmu, kita percaya bahawa Allah akan bersama rakyat Malaysia menghakis segala kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan Barisan Nasional. Insyaallah.

disediakan oleh: baginda®

Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/

 
Load Counter