Respon kepada YB Zul dalam artikel ALBAQARAH: ALAHAI SANG LEMBU

Artikel YB Zulkifli Noordin boleh didapati di pautan ini.

Oleh : Wanistelroy

Salam YB Zul yg saya hormati

Saya merupakan rakyat Malaysia yg berkerja di luar negara. Office saya ada beratus pekerja dari pelbagai bangsa dan warganegara.

Didalam office saya, ada kurang dari 15 orang yg beragama Islam. Malah, cuma 4 orang sahaja yg kekal dalam office dan yang lain selalu outstation.

Yang membanggakan tentang pentadbiran office saya ialah, mereka telah memberi 1 ruang pejabat kosong untuk kami jadikan surau. Jadi, disitulah kami bersolat dan berjemaah ketika waktu kerja. Lagi menarik, kawan saya dari negara bekas komunis Russia selalu melaungkan azan sebelum kami bersolat.

Jadi, saya melihat situasi di office saya ini dengan situasi yang berlaku di Shah Alam.

Apa yg berlaku di Shah Alam ialah kes memindahkan kuil & bukannya utk membuat kuil yg baru. Tambahan pula, berdasarkan Google Earth yang ditunjukkan. Kawasan di SS19 sekarang ada terlalu hampir dgn kawasan perumahan (khabarnya org melayu duduk di rumah depan situ). Jadi, tapak baru sekarang adalah lebih jauh dari kawasan perumahan (khabarnya 200meter & dipisahkan dengan padang) dan sekarang dianjak lg 100 meter.

Bukanlah saya ingin berpihak kpd mana2. Cuma, pada pikiran saya yg dhoif ini, sy percaya tapak di ss23 itu lebih sesuai dari berbanding dengan tapak yg sedia ada sekarang.

Saya percaya, pihak yang mentadbir di Selangor sekarang ini perlu mencari penyelesaian yg sesuai & terbaik agar bukan sahaja kebajikan (& investment) penduduk SS23 sahaja terbela, tetapi, penduduk di SS19 yang tergangu dengan aktiviti kuil juga dapat diselesaikan. (penduduk Islam berkata tergangu dengan aktiviti kuil, maka tidak hairan jikalau ada org hindu membalasnya dengan azan)

Saya sangat gembira jikalau YB Zul dapat sama2 menggariskan option2 yg telintas di pikiran YB jika masalah yang sama wujud di kawasan YB. Adakah YB meminta mereka pergi sahaja ke kuil di daerah lain untuk beribadat atau membiarkan sahaja masalah penduduk melayu di situ berterusan?

Untuk pengetahuan YB, bukan baru2 ini sahaja usaha untuk memindahkan kuil terbabit sudah berjalan, tetapi sejak zaman Khir Toyo lagi. Malangnya, usaha semasa di zaman Khir Toyo telah melibatkan perbelanjaan wang pembayar cukai hampir RM1 juta sedangkan perbincangan masih lagi belum muktamad.

Sekian, wasalam

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter