Kantoi..!! ADUN BN Pula Ugut Letak Jawatan.

Georgetown,Mungkinkah akan diadakan lagi PRK di Pulau Pinang?Seorang ADUN Barisan Nasional yang amat kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima,menyebabkan beliau bertekad akan melepaskan jawatannya sebagai Wakil Rakyat.

ADUN yang ditemui oleh media Sinar menyatakan bahawa beliau tidak berpuashati dengan layanan yang diterima yang dianggapnya tidak adil dan terasa dipinggirkan untuk mendapat sebarang peruntukan.

Sekiranya masalah ini berterus beliau tidak-teragak-agak untuk meletakkan jawatan,demi kepentingan rakyat yang diwakilinya."Mengapa bantuan kepada saya sebagai ADUN cuba disekat oleh pihak tertentu yang berdendam dengan saya,kerana ini hak rakyat.

Apabila mahukan peruntukkan tersebut ia perlu dirujuk kepada orang tertentu." katanya dengan nada kecewa. "Ini tidak adil,kerana agensi Kerajaan Perseketuan tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya,sekiranya masalah ini berterusan rakyat yang saya wakili akan marah dan ini akan memberi kesan kepada kredibiliti saya sebagai ADUN."Katanya lagi.

Bai : Keluar aje le..sekarang musim ADUN lari,dengan alasan
tidak dapat bekerjasama dengan pihak tertentu.


Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter