UMNO Kalah Besar !! UMNO Malu Besar !!

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada calon kita iaitu Mohd Salleh Man di atas kemenangan besar malam tadi. PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam PRU 12 Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan PAS mengatasi pesaing daripada UMNO BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551. PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon UMNO BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

UMNO ingat mereka mampu untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai tetapi UMNO gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang. UMNO mengalami kekalahan besar dan juga mengalami malu yang besar di Permatang Pasir. Bak kata orang-orang tua 'sudah jatuh di timpa tangga'. Apa tidaknya, UMNO menggunakan pelbagai propaganda dan jentera kerajaan dalam pilihanraya kali ini namun kekalahan besar memihak kepada mereka. Bak kata Anwar Ibrahim UMNO bagaikan 'international circus' di pilihanraya Permatang Pasir. Memang pimpinan UMNO macam badut sarkas..

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi. Pada PRU lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya. Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

PAS dan Pakatan Rakyat telah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut. Manakala, UMNO jangan berangan 'Mat Jenin' lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi. Selain kalah di DUN Permatang Pasir, UMNO BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan DUN Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini. Dan yang akan datang PRU Ke 13 kita sama-sama menyaksikan UMNO BN akan ditumbangkan di Putrajaya dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan.


Oleh : addin

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter