Strategi makan diri: UMNO terkeliru dan termalu

Kini sudah 52 tahun negara kita merdeka. Dan, selama itu jugalah negara diperintah oleh BN. Selama 52 tahun Barisan Nasional memerintah Malaysia, banyak najis atau taik yang mereka taburkan di sana sini. Sekiranya najis dan taik yang mereka taburkan mendapat bantahan, maka beriya-iya mereka berjanji untuk mencucinya dan menyelesaikkannya, terutamanya menjelang pilihan raya. Namun, selepas memenangi pilihan raya, janji hanya tinggal janji. Ya... janji-janji kosong dan masalah najis BN yang bertaburan di sana sini, kekal dan tak siapa pun ambil pot dan buat kecoh serta mensensasikannya. Dan, ada masalah yang kekal hingga ke hari ini.

Sebab apa?? Sebab.... masa itu, BN merupakan satu kuasa politik yang sukar digugat. Barisan pembangkang tidak bersatu dan lemah. Sebab itu, wakil-wakil rakyat BN besar kepala dan menjadi tuan kepada rakyat. Hidup mereka kaya raya mengalahkan raja. Rakyat pulak yang terpaksa akur dan ikut lara wakil-wakil rakyat mereka. Rakyat jadi kerdil, rakyat jadi hamba dan diperhambakan oleh mereka.

Namun, senario politik Malaysia berubah sejak PRU 12 yang lalu. Rakyat semakin cerdik, rakyat semakin berinformasi dan rakyat semakin terbuka minda mereka terutama golongan cerdik pandai serta generasi muda. Segala kepincangan pemerintahan BN bukan menjadi rahsia lagi. Semuanya dibongkar satu persatu dan disebarkan melalui internet. Baru rakyat sedar sikap kepura-puraan, sikap rakus dan tamak dan bertapa kejinya sikap dan kelaku sesetengah para pemimpin tertinggi UBN. Mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang menjijikkan. Berbillion-billion duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat lesap kerana penyelewengan dan ketidakcekapan dalam menguruskan kewangan. Habis mereka kena telanjang... bulat-bulat pulak tu!!! Semua ini telah membuka mata rakyat.

Natijahnya, dalam PRU 12, UBN kecundang di tangan pembangkang, melalui Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, malah, Kuala Lumpur pun jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Semakin hari sokongan rakyat kepada mereka semakin merosot. Ini dapat dibuktikan dengan kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam beberapa siri PRK. Inilah yang memeningkan kepala UBN. Lantas, by hook or by crook, mereka mesti merampas balik negeri-negeri tersebut. Oleh itu, mereka mula membuat perancangan dan mengatur strategi untuk tujuan itu.

Negeri Perak menjadi mangsa pertama mereka. Perak dirampas dengan cara yang paling keji dan paling tidak demokratik sekali. Apa yang berlaku di Perak telah menampakkan bertapa rakusnya UBN terhadap kuasa kerana tanpa kuasa itu, habis kerja taik serta penyelewengan mereka akan terbongkar satu persatu dan dari situ rakyat boleh membuat penilaian tentang dua corak pemerintahan, Pakatan Rakyat dan UBN. Ternyata dalam PRU 12, manifesto Pakatan Rakyat lebih diminati rakyat, malah dengan semangat Ketuanan Rakyat, Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan. Kemelut Perak telah menjejas teruk imej UBN, bukan saja di mata rakyat Malaysia malahan juga di mata dunia. Hancur demokrasi dibelasah UBN.

Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak terkecuali daripada perancangan jahat UBN. Ada saja percubaan dan konspirasi jahat mereka tetapi setakat ini, tidak menjadi tetapi 'backfire' mereka balik. Di negeri Selangor macam-macam helah mereka gunakan dengan pertolongan institusi-institusi penguatkuasa kerajaan. Ada saja isu yang mereka cuba bangkit dan sensasikan untuk memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat agar hilang sokongan dan kepercayaan rakyat. Dari isu babi ke isu lembu dan kereta, dari isu salah guna wang peruntukan ke isu penyelewengan, dari isu Kg. Buah Pala kepada isu pusat penyembelihan babi, dari isu arak ke isu kuil Hindu dan kepala lembu. Tapi ke semuanya 'backfire' mereka balik.

Terkini ialah isu kuil Hindu di Seksyen 19, yang nak ditempatkan semula ke Seksyen 23 Shah Alam. Setelah membaca penerangan MP Shah Alam, Khalid Samad di sini dan di sini, nampak sangat, sebenarnya semuanya ini adalah taik atau najis tinggalan UBN dan apabila Pakatan Rakyat Selangor mengambil tanggungjawab sebagai kerajaan baru untuk menyelesaikannya, mereka pulak cuba memainkan dan memanipulasi isu ini dengan membuat provokasi menggunakan kepala lembu, bertujuan untuk menghina kaum India dan agama Hindu. Tapi malangnya, provokasi tak menjadi dan isu ini makan diri mereka sendiri.

UMNO....UMNO.... dulu kini dan selama-lamanya, asyik-asyik nak memperbodohkan orang dan yang lebih banggang, sanggup membodohkan diri sendiri. Tak berubah-berubah dan rasanya tidak akan berubah selama-lamanya.

Namun demikian, syabas aku ucapkan kepada YB Khalid Samad, selaku MP Shah Alam. Inilah YB rakyat yang patut dijadikan contoh. Berani, dedikasi, approachable, very humble dan people friendly. Dalam isu kuil dan kepala lembu ini, beliau berjaya membongkar isu ini sehingga jelas dan terserlah angkara siapa sebenarnya kerja gila ini. Beliau juga berjaya mendedahkan siapa punya taik sebenarnya yang dia sedang cuba nak cuci. UBN ni memang jenis yang tak tahu berterima kasih. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada YB Khalid kerana mempunyai sikap bertanggungjawab selaku MP untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh mereka. Tetapi tidak, mereka pulak yang cuba mensabotaj usaha murni beliau dengan cuba membangkitkan sentimen kebencian kepada orang India dan agama Hindu. Guna isu agama dan kaum untuk memburukkan reputasi dan integriti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Pewaris baik, Pekida baik... 2X5 sama jer!!! Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Tak ke banggang pemikiran dan tindakan mereka ini. Buat bikin malu Islam jer!!! Bukankah Islam menganjurkan umatnya mengamalkan toleransi beragama dan bersikap adil kepada semua, tak kira bangsa dan agama. Tambahan pulak, kita di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan kepelbagaian pegangan agama, budaya dan cara hidup. Mengaku diri sebagai pembela agama Islam tapi tindak tanduk mereka hanya mencemarkan lagi agama Islam. Mereka telah memberi gambaran seolah-olah tiada toleransi dalam Islam. Islam itu ekstrimis!!!

Inilah golongan yang cakap tak serupa bikin, berani buat tetapi tak berani tanggung, lempar batu sembunyi tangan, mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi mereka yang lebih-lebih. Banyak lagi perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan perangai buruk mereka tetapi rasanya itu pun dah cukup dan senang difahami.

Nampak gayanya, attack yang bertubi-tubi ditujukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Oleh itu, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anak buahnya mesti sentiasa peka dan berhati-hati. Sentiasa buka mata dan pasang telinga. Berwaspada dan berjaga-jaga. Jangan terlalu percaya kepada puak-puak UMNO yang berada di SUK atau di mana-mana jua. Mesti ada sifat curiga sikit. Jaga gerak-geri mereka. Jangan biarkan diri diperangkap oleh pihak-pihak durjana yang gila kuasa ini.

Most importantly, kepentingan rakyat jangan sekali-kali diabaikan. Berbaktilah kepada rakyat dengan ikhlas dan jujur kerana merekalah yang meletakkan anda semua di puncak kuasa, baik di negeri Selangor, mau pun negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa sokongan rakyat.... siaplah anda.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter