PAS mahu menang selesa tapi UMNO mahu kalah selesa.

Alamak.... rupanya hari ini, 17 Ogos ialah hari penamaan calon bagi PRK DUN Permatang Pasir. Itu ler, kalau fikiran terlalu occupied memikirkan penyakit serta bagaimana nak pulihkan semula badan dan selera makan..... tarikh hari calon penamaan bagi PRK DUN Permatang Pasir pun boleh terlupa.

Sekurang-kurangnya, siapa yang telah dicalonkan oleh parti masing-masing telah diketahui lebih awal. PAS telah mencalonkan Salleh Man, Pesuruhjaya Pulau Pinang, manakala UMNO pula mencalonkan Rohaizat Othman, setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh. Ada ke lain-lain calon yang nak bertanding selain daripada dua orang ni?? Manalah tahu kot-kot ada yang nak kacau daun pulak.


Di sini teman nak ucapkan terima kasih pada blog Dewan Pemuda PAS Lumut, sebab teman cilok gambar di atas dari blog demer. Harap komer halalkan, ya? Weh... kita bukan ke satu gang!!! So... no hal, kan??

Seperti mana semua orang tahu... Permatang Pasir sememangnya kubu kuat PAS. Jadi... untuk PAS menang dan mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, rasanya tak banyak masalah. Apa yang pasti, UMNO akan menggunakan apa jua cara untuk mengurangkan majoriti PAS di situ. Jadi.... dapatlah dia orang mendabik dada dan tunjukkan kepada orang yang kononnya rakyat sudah mula memberi sokongan semula kepada mereka. Itu sajalah escapism mereka..... itu sajalah cara mereka merawat luka lara mereka....


Kita tengok saja apa yang berlaku di Manek Urai. Dengan wang... UMNO berjaya mengurang majoriti undi PAS dan bukan main kembang lagi hidung si Muhyiddin Yassin. Kembang bukan sebab menang.... tapi berbangga giler kerana dapatkan kurangkan majoriti undi PAS. Ibarat jatuh.... idakler gedebub terus tetapi berkusyen ler sikit. Tapi jatuh tetap jatuh!!!

Apakah di Permatang Pasir, wang juga akan dijadikan taruhan untuk mengurangkan majoriti undi kepada PAS? Kemungkinan itu sentiasa ada. Cuma.... apa pulak caranya kali ini??? UMNO ni sekarang.... sanggup guna juta-juta duit untuk dapatkan undi asalkan demer kalah selasa. Macam perpatah orang Perak.... bior papa asalkan kalah bergaya..... !!! Tapi.... kalah tetap kalah, kan???

Kata kuncinya di sini ialah KALAH. UMNO akan tetap KALAH!!! Permatang Pasir akan tetap menjadi milik kita!!!


Oleh itu..... para pengundi Permatang Pasir, hangpa jangan dok bagi chance dekat UMNO. Hangpa tengok lagu mana orang Johor TPM Satu Malaysia hina Anwar Ibrahim dengan mengatakan dia pengkhianat kepada bangsa Melayu. Anwar bukan pengkhianat bangsa Melayu tetapi penyelamat bangsa Melayu dari terus terkulai layu dan haru-biru di bawah UMNO.


Sebenarnya, Anwar ingin bangsa Melayu muncul sebagai satu bangsa Melayu baru yang lebih dinamik, berdikari, berminda terbuka dan yang berjiwa merdeka. Bukan Melayu yang dijajah di bawah tempurung oleh UMNO.... yang senang diperlembu demi kepentingan kuasa politik mereka. Jangan sesekali terpedaya dengan dakyah murahan daripada mereka.


Fikirkanlah..... ingin jadi Melayu lembu atau Melayu Baru yang dinamik?? Undilah untuk mengubah nasib bangsa dan agama anda. Undilah untuk perubahan. Undilah PAS!!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter