Aduan dari SELAMA Perak.

Penyelia DUN Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah di jemput oleh pimpinan PKR Cabang Larut Sdr Rizal untuk mengambil perhatian dan sama-sama cuba menyelesaikan masalah sempadan tanah antara dua tuan rumah kaum cina dan syarikat perumahan yang ada berkaitan dengan seorang pimpinan MCA Bahagian Larut.

Sdr Rizal telah menerima aduan dari dua tuan rumah Encik Loh & Encik Yong dari Jalan Menteri, Selama Perak, sempadan tapak tanah rumah mereka telah di ceroboh oleh syarikat pembangunan yang membuat projek perumahan menghampiri rumah mereka.

Sdr. Rizal menjemput saya datang berjumpa dengan dua pengadu di Selama kerana
Selama Perak adalah tempat saya lahir saya iaitu di Sg bayur dan bersekolah di pekan Selama iaitu Sekolah Chi Seng, saya telah berpindah ke Ipoh pada tahun 1990 setelah bapa saya meninggal.

Gembira rasanya kerana saya diberi peluang untuk berkhidmat kepada orang kampung tempat lahir saya, dan berjanji akan terus memberi pertolongan kepada penduduk di sini pada masa akan datang.

Lee Sing Long

Sdr Rizal(bertopi), Encik Loh dan Lee SL



Sdr Cheng SK (bekas Ahli Majlis Selama dari PKR) Encik Yong & Lau For Thye (PKR Ipoh Barat)
Sempadan rumah kampong dan projek perumahan

 
Load Counter