PKR jangan terperangkap dengan permainan politik katak

Negeri Perak huru-hara gara-gara perbuatan tak bermaruah sang katak. Sehingga hari ini, politik negeri Perak masih dalam keadaan tak menentu. Kisah dan ceriter yang konon nyer DUN Perak akan dibubarkan sudah banyak kali kita dengar tapi setakat ini, satu pun belum menjadi kenyataan.

Dan....belakangan ini, isu pembubaran DUN Perak sering dikaitkan dengan katak-katak durjana tersebut. Mereka sering bermain aci-cop ala chipsmore untuk meng'GEMPAR'kan suasana politik negeri Perak. Now you see them....now you don't!!! Mereka seolah-olah membuat kita berteka-teki. To tell you the truth, rakyat Perak sudah fed-up dengan permainan aci-cop dan teka teki mereka itu. Yes.... yes.... yes..... fed-up.... getik.... meluat!!!


Apakah mereka ingin menjadi katak double-sided tape? Gasak habuan sebelah sana dan cuba pula gasak habuan sebelah ini. Mungkinkah satu side of the tape sudah tidak berkesan lagi....?? Kerana.... dari ceriter buah mulut orang.... konon nyer UMNO telah menipu mereka hidup-hidup. Janji nak bagi upah melompat tapi habuk pun tarak. Entah ler..... tarak ke atau tarak cukup??? Wallahualam.... Betul cakap orang-orang tua.... "orang tamak selalu rugi."


Apakah mereka sudah tak cukup soru sehingga terpaksa guna the other side of the tape. Yakni.... kali ini mereka cuba bermain aci-cop untuk mengena pihak yang dulunya mereka khianati iaitu PKR. Mungkinkah ada dealing dibuat oleh sang katak untuk mendapatkan habuan bagi melepaskan kerusi yang mereka sandang sekarang. Dalam keadaan terdesak dan apabila merasakan yang diri mereka sudah tidak ada harga lagi baik bagi UMNO maupun PKR, apa-apa pun mereka boleh dilakukan untuk menjaga kepentingan diri. Ini lah sikap sang oportunis.


Lantaran itu, PKR mesti berhati-hati dan bijak dalam membuat percaturan politik mereka apabila berhadapan dengan sang-sang katak oportunis ini. Once bitten, twice shy... Harap-harap PKR tidak akan terpedaya dengan permainan dan terlior dengan tawaran yang mereka buat. Who knows.... ini mungkin juga satu trap to tarnish PKR's reputation. Dan.... jika betul DUN Perak bubar nanti, habis PKR..... terduduk dalam pilihan raya tersebut. Jangan sekali-kali terjebak dalam gejala tak bermaruah ni..... padah nanti!!! Kalau dah hilang integriti..... akibat nyer mati ler PKR!!!

Pedulikan katak-katak tersebut!!! Concentrate more untuk menyusun dan memperkemas parti di semua peringkat agar menjadi lebih kukuh dan lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan sekiranya DUN Perak dibubarkan nanti seperti yang heboh diperkatakan dan dikhabaranginkan.... Forget about the kataks!! Anggap saja katak-katak tersebut HISTORY..... yang tak ada nilai sejarah walau satu duit pun!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter