Tuntutan Anwar peroleh dokumen didengar Jumaat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan Anwar Ibrahim mendapatkan bukti dan dokumen daripada pendakwaraya berhubung dengan pertuduhan kes liiwatnya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah pendakwaraya enggan menyerahkan bukti dan dokumen bagi membolehkan Anwar menyiapkan pembelaan terhadap pertuduhan itu yang dijadulkan bermula pada 8 Julai.

Permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen itu sepatutnya bermula hari ini.

Namun peguam Anwar, Sankara Nair meminta menangguhkan semua prosiding di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai.

Hakim Zabidin menetapkan Jumaat untuk mendengar semula permohonan Anwar, tertakluk kepada keputusan Mahkaman Rayuan berhubung bantahan Anwar terhadap pemindahan kes itu.

"Satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergenda kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan."Jadi saya tetapkan Jumaat ini...jika prosiding di Mahkamah Rayuan masih belum selesai juga kita akan putuskan kemudian," kata Zabidin.

Pendakwaraya masih meneruskan dengan pertuduhan terhadap Anwar walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan pengadu Mohd Saiful Bukhari bahawa beliau diliwat.

Sumber: http://www.tvantara.com/v1/

 
Load Counter