Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!

Rumah Orang Asli di Kg Berdut, kawasan Parlimen Kuala Krau, Pahang


Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku, Rakyat Hidup Bersatu dan Maju, Rahmat Bahgia Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta.

Orang Asli adalah penduduk ASAL Negara ini, mereka berada di Bumi ini (Semenanjung dan Sabah dan Sarawak) puluhan ribu tahun sebelum kedatangan Orang Melayu, Orang Cina, dan Orang India.

Tetapi inilah nasib mereka. Mereka mempunyai hak keistimewaan, mereka mempunyai sebuah jabatan khas menjaga mereka. Jabatan menjadi kaya raya, tetapi mereka tetap miskin kedana. Tanyalah mereka samada mereka taat setia kepada Negara ini, kepada undang-undang dan pemerintahan. Tidak ada manusia di Negara ini yang lebih taat setia kepada Negara ini selain mereka. Tapi lihatlah keadaan mereka. Mereka hidup dizaman sebelum Merdeka. Rumah seperti yang ada didalam gambar ini adalah dianggap baik kerana banyak lagi rumah-rumah lain diperkampongan mereka yang jauh lebih teruk dari rumah ini. Di kampong ini tidak ada bekalan air bersih dan tidak ada elektrik. Persekolahan amatlah jauh dan kini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memberhentikan semua bantuan persekolahan kepada anak-anak mereka.

Pada 14hb Jun 2009, jam 2.30 petang Biro Hal Ehwal Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat PKR, Kuantan untuk menggariskan perjuangan bagi membela nasib Orang Asal. Semua pihak yang berminat didalam pembelaan ini dijemput hadir.

Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/

 
Load Counter