Kini Dato' Seri Idris Jusoh Boleh Di Panggil " Cap Ayam " Pula

"Sudah jatuh ditimpa tangga" itulah perumpamaan yang sesuai yang diberikan kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh. Terkini, masyarakat menyifatkan beliau sebagai "cap ayam" selepas beberapa projeknya berterusan memberikan masalah kepada UMNO Terengganu sendiri. Kronologinya bermula dengan runtuhnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai pada April 2008 lalu dan yang terbaru runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, K. Terenggganu.


Manakala di kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga disekelilingnya. Ini berlaku apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan tapak perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu. Projek-projek yang bermasalah ini dikaitkan dengan dana khas ataupun wang ehsan yang diurus tadbir oleh kerajaan negeri dibawah Idris Jusoh sebelum ini. Terbaru, Idris Jusoh bakal berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya menjadi dalang di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada 3 ADUN UMNO BN.

Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Dato' Ahmad Said. Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran 3 ADUN UMNO BN termasuk Dato' Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.


Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak ADUN BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu. Ekoran itu, 14 ADUN BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar arus perdana.



Kejadian ini amat memalukan lagi mengaibkan kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur. Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan melalui komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai penghantarnya. Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tersebut tetapi yang lebih mengejutkan ialah dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.


Tindakan Ramzi ini disifatkan berniat jahat dalam usaha kem Idris Jusoh untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu. Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris Jusoh sudah digelar 'cap ayam' kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan oleh Idris Jusoh semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah. Nak buat macam mana..cap ayam...cap ayamlah....!!

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter