UMNO/BN Di Kemuncak Kegilaan

~Man Trexx~

Sejak Najib naik jadi PM ada 3 perkara utama yang Kabinetnya unjurkan :

1. Anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun perlu berada dalam agama asal walaupun salah seorang dari ibubapa mereka bertukar agama. Sekaligus memberi persepsi bahawa Mahkamah Syariah tidak lagi relevan kerana keputusan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Civil.

2. Melepaskan quota Bumi daripada 27 subsektor perkhidmatan yang merangkumi 56% GDP Malaysia. Ia membabitkan berbillion ringgit setahun.

3. Membatalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengakibatkan MARA, Suruhanjaya Koperasi dan banyak lagi Jabatan yang menjaga kepentingan bumiputera kini agak sukar untuk membuat keputusan.

Semunya membabitkan dan memberi kesan kepada Bumiputera dan Muslim.

Dengan 3 perkara di atas, ada 5 kategori rakyat Malaysia yang terjejas. Dengan itu, sebarang saki-baki simpati serta sokongan terhadap UMNO dan BN telah hangus hilang dan susah untuk dikembalikan.

Pandangan saya, Najib dan Partinya telah hilang saki-baki simpati dan langsung hilang penyokong daripada 5 kumpulan grassroot yang berikut :

1. Golongan yang suka kepada Agama Islam tetapi BUKAN AHLI PAS serta tidak suka pada politik.

2. Golongan ahli perniagaan dan usahawan SME yang terdiri dari Bumi dan Muslim yang tidak peduli pada Agama Islam walaupun Muslim.

3. Golongan petugas swasta, NGO dan kerajaan yang tidak politik dan tidak berniaga TETAPI memikul tanggungjawab mereka mengendali tugas untuk masyarakat.

4. Golongan peguam-peguam Syar'ie, penyelidik, penuntut agama, tenaga pengajar, ahli agama berpengaruh dan penulis ilmiah.

5. Golongan yang tidak politik tetapi amat meluat dengan telatah orang UMNO ketika pimpinan Pak Lah. Sebagai contoh adalah peminat-peminat Tun Mahathir yang bukan UMNO tetapi telah merasai pencapaian Malaysia ketika pimpinan beliau.

Bukankah mereka ini terdiri daripada 30% hingga 40% rakyat Malaysia?

Selain daripada itu, BN dan UMNO sudahpun mempunyai musuh ketat dari kalangan PKR, PAS dan DAP. Kemungkinan mereka ini terdiri daripada 30% rakyat Malaysia.

Kalau benar andaian saya, maka BN dan UMNO sedang menggali lubang yang amat dalam untuk diri-mereka sendiri. Iaitu, mereka tidak lagi relevan untuk 60% rakyat Malaysia pada PRU13. Hampir pasti, siapa saja pembangkang akan memperolehi banyak undi. Dan agak sukar untuk BN dan UMNO kembali memerintah untuk beberapa dekad selepas itu.

Kini timbul pula pengumuman yang menggusarkan lebih ramai lagi rakyat :

1. Pembukaan industri Pembiayaan dan Perbankan kepada rakyat asing.

2. Pembukaan industri Takaful dan Insuran kepada rakyat asing.

3. Pembukaan sektor Guaman kepada rakyat asing.

4. Perlantikkan Pak Lah sebagai Penasihat National Corridor Development.

Saya melihat ini semua langkah-langkah Political Suicide hasil dari tekanan beberapa pihak ataupun sememangnya SHORT-SIGHTEDNESS dari pihak Najib sendiri. Secara logiknya, ia amat pelik dan tidak menguntungkan tetapi sedang berlaku kepada UMNO dan BN.

Apa jua kesan yang buruk berlaku pada rakyat akibat keputusan Kabinet kini, pasti akan mendapat reaksi yang sama di dalam PRU akan datang.

http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

 
Load Counter