Tolong Jawab Sat Mengenai Zambry Nie

Apabila Mahkamah Tinggi kelmarin memutuskan DS Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak, pelbagai persoalan menerjah benak saya. Sebagai insan yang tidak mahir dalam bidang perundangan, saya tertanya-tanya beberapa persoalan tentang beberapa tindakan Zambry ketika menduduki takhta MB yang kini diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi.

Saya tertanya-tanya:

i) Bagaimana dengan elaun MB dan elaun-elaun lain yang telah dibayar kepada Zambry atas kedudukannya sebagai MB selama 3 bulan itu, adakah dia perlu mengembalikannya semula kepada Kerajaan Negeri kerana memegang jawatan yang tidak sah?

ii) Bagaimana dengan keputusan Mesyuarat EXCO yang diadakan setiap minggu, adakah ia terbatal kerana diputuskan oleh pihak berkuasa yang tidak sah?

iii) Bagaimana dengan surat-surat rasmi Kerajaan Negeri yang ditanda tangani oleh Zambry selaku Menteri Besar, adakah ia masih sah dan wajar dipatuhi oleh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perak?

iv) Bagaimana dengan surat perjanjian, MOU dan sebagainya yang membabitkan Kerajaan Negeri Perak yang ditanda tangani Zambry selama 3 bulan itu, adakah ia masih sah dan laku?

v) Bagaimana dengan kedudukan sidang DUN Perak minggu lepas, adakah sah memandangkan ianya dipanggil berdasarkan nasihat Zambry kepada Sultan atas kapasitinya ketika itu sebagai MB yang kini diketahui tidak sah?

Harap mereka yang mahir dengan undang-undang tolong perjelaskan hal yang saya kurang arif ini.

Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter