Sidang Dewan Di Alam Misteri??

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bai:-Merujuk kepada kes perak ini,Dato' Hj Nizar dipecat bermaksud dilucutkan jawatan oleh pihak berkuasa yang melantik... disingkirkan bermaksud ditolak atau hilang kepercayaan majoriti ADUN dalam sidang dewan..

Sekiranya Dato' Hj Nizar disingkirkan kerana hilang kepercayaan majoriti ADUN, hilang kepercayaan yang macam mana? Adakah betul hanya dengan Sultan mendengar dakwaan Zambri and The Gang Gong sudah memadai bahawa Dato' Hj Nizar sudah ditolak dengan undi tidak percaya di dalam sidang Dewan..Bila pulak Sidang Dewan yang membuat Undi tak percaya itu diadakan,Dialam Misteri TV3 ke?????

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

 
Load Counter