Penanti : Kenapa Diadakan Pilihanraya ?

Umum mengetahui malam tadi PM Najib Razak mengumumkan UMNO BN tidak akan bertanding di DUN Penanti pada 31 Mei nanti. Ia merupakan keputusan pengecut dan bacul oleh UMNO BN. Keputusan tersebut juga membuatkan UMNO BN di pandang sehina-hinanya oleh rakyat keseluruhannya. Walaupun seribu alasan diberikan, persepsi rakyat terhadap UMNO BN tidak akan berubah. Persepsi pertama rakyat terhadap keputusan UMNO BN tidak bertanding di DUN Penanti adalah "Takut Kalah", saya ulangi "Takut Kalah". UMNO BN tidak mahu terjebak dengan permainan PKR sedangkan pencetus kepada pilihanraya di DUN Penanti adalah UMNO BN sendiri yang tamakkan kuasa.


Setelah keputusan UMNO BN tidak bertanding di DUN Penanti, kenapa tidak diberikan sahaja kemenangan percuma pada Pakatan Rakyat. Pada penamaan calon 24 Mei nanti ,UMNO BN jangan menaja sesiapa pun calon bebas kerana di percayai calon bebas yang bertanding nanti sudah pastinya tajaan UMNO BN sepertimana yang berlaku di Bukit Selambau. Sekiranya UMNO BN tidak menaja sebarang calon bebas pada penamaan calon 24 Mei nanti sudah pasti Pakatan Rakyat akan menang tanpa bertanding.

Sekiranya, pilihanraya tidak diadakan sudah pastilah pembaziran tidak berlaku dan wang tersebut bolehlah disalurkan untuk menjana ekonomi pulak, bukankah begitu UMNO BN ? Namun, keikhlasan UMNO BN di ragui kerana awal-awal lagi mereka akan menggerakkan jentera pilihanraya mereka di DUN Penanti walaupun tidak bertanding. Adakah jentera pilihanraya mereka akan bekerja untuk calon bebas tajaan UMNO BN ? Sama-samalah kita lihat nanti.

Ramai telah menjangkakan UMNO BN tidak akan bertanding di DUN Penanti berdasarkan perkembangan politik tanahair mutakhir ini. Kebencian rakyat terhadap UMNO BN makin hari makin meningkat. Momentum kekalahan UMNO BN bermula dari PRU Ke 12 Mac 2008 berterusan sehingga di pilihanraya kecil P.Pauh, K. Terengganu, Bkt. Gantang dan Bkt. Selambau dan seolah-olah tidak akan berakhir. Keputusan tidak bertanding tersebut merupakan sejarah kepada UMNO BN dan ia amat memalukan. Ia juga menandakan hayat dan ajal UMNO BN makin hampir. Adakah teori 'RAHMAN' yang diwar-warkan makin menjadi kenyataan? Yang pastinya, kuasa rakyat telah mengatasi keegoaan UMNO BN dan kuasa rakyat jugalah yang akan membawa Pakatan Rakyat bertakhta di Putrajaya nanti. Insya Allah...


Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter