ZAHID HAMIDI NAK WUJUDKAN KERAJAAN UNDI POS!!

Bekas menteri agama Agogo, Zahid Hamidi kini sudah berpindah ke salah satu lubok duit dalam pentadbiran negara iaitu Kementerian Pertahanan. Kini dia juga nampak nyer seperti sudah menjadi orang kanan Najib. Ya.... Mr Yes Man dan Mr Angguk-angguk, nombor 1 kepada Najib.


Selepas membantu Najib merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak ikut pintu belakang, kini dia mula mengatur strategi untuk mengekalkan kuasa UBN dalam PRU13 nanti, terutama bagi kerusi Parlimen ONE MALAYSIA. If not this ONE MALAYSIA..... kemungkinan besar akan berada dalam tangan Pakatan Rakyat pula. Inilah mimpi buruk mereka. Takkan Najib nak jadi Piem setenggah penggal jer. Mana mau nyer!!!


Mengikut cerita dari sini, Zahid Hamidi bercadang nak tubuhkan batalion Tentera Wataniah di setiap kawasan Parlimen. Walau pun alasan keselamatan dan keamanan negara digunakan tapi ONE MALAYSIA tahu, itu..... bertujuan untuk menang piliharaya melalui ikhsan dan manipulasi undi pos. Deme kata, dia belajor dari mentor dia.... Najib Razak. Najib yang nyaris tumpor dalam PRU10, sihat dan hidup semula dalam PRU11 dengan menggunakan strategi ini.... Oh, kira-kira MP dan menteri undi pos ler ya?? Ermmm.... tak ler hebat mana piem kita ni, menang kerana undi pos!!


Oh.... sekarang strategi ini akan digunapakai pulak di seluruh kawasan parlimen ONE MALAYSIA untuk menjamin Najib akan terus kekal sebagai PM untuk satu tempoh yang agak panjang lagi. Sampai dia puas ler agaknyer..... Cukup ker umph... dan power nyer untuk bertahan begitu lama di atas, sedangkan graviti ONE MALAYSIA sedang menarik nyer ke bawah.....


Pandai komer.... guna bala tentera kome dalam Kementerian Pertahanan dan guna undi pos deme untuk menangkan komer. Pandai betul komer nak menipu... Syabas Malaysia telah berjaya mengeluarkan seorang lagi Dr.... Zahid Hamidi tapi malang sekali produk yang di keluarkan kali ini, tidak menepati piawaian dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang bukan saja berilmu tetapi juga bernilai murni..... Apa ini Dr....... ilmu saja tinggi tapi tidak bernilai murni dan manipulatif dan pentingkan diri!!! Deiiiy...... kaki putar alam!!! Eiiiiiii......tarak guan punya output!!! Dia ni kira, product yang ada defect ler tu dalam sistem pendidikan Malaysia.

Kalau dalam production di kilang ler..... barang yang ada defect ni akan di reject!!!! Tak gitu.... So, apa kata kita reject Zahid Hamidi dalam PRU 13 nanti. Kita lancarkan kempen me'reject' menteri-menteri dan para pemimpin UBN yang ada defect. Amacam..... kira ok tak???

Lepas tu, ada hati pulak nak heret Kementerian Pelajaran untuk bersekongkol sama melalui pengukuhan Kadet Tentera di sekolah-sekolah ONE MALAYSIA. Nak brainwash para pelajar kita supaya sayang dan cinta serta setia kepada mereka!!!! Oi.... mana boleh perguna bebudak sekolah bawah umur untuk tujuan politik jangka panjang kome!!!! Boleh di dakwa!!!

Astaqfiullah..... terdesak nyer UBN ni. Sampai macam tu sekali otak Zahid berjalan....... Ini ler salah satu bukti yang menunjukkan UBN ni sedor yang keadaan mereka sekarang memang amat dan sangat parah kerana rakyat ONE MALAYSIA dah mula menolak mereka..

Takuuuuuuut..... takuuuuuuuut, takuuuuuuuut..... rupa nyer mereka!!!!

http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter