Rosaknya Media Kita

Semalam menyaksikan perlantikan Datuk Johan Jaafar sebagai pengerusi eksekutif baru Kumpulan Media Prima berkuatkuasa Khamis ini. Menurut pandangan saya, Datuk Johan merupakan calon yang paling sesuai dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pengalaman dan kecenderungan beliau terhadap kerajaan.

Sebagai rakyat kita bukan sahaja mahukan kerajaan yang dibentuk mempunyai harapan baru untuk berubah, namun dari segi sampingannya juga seperti pembentukan perubahan media agar rakyat sentiasa mendapat informasi yang tepat dan baik. Saya tidak nampak perlantikan ini bakal menjadikan Media Prima akan melaksanakan berita yang tepat dan bebas. Rakyat berhak mendapat yang terbaik dari media yang ada. Kalau kita lihat berita dari media massa yang ada, hampir kesemuanya berita berat sebelah. Malahan rakyat hampir termuntah dengan berita palsu yang dicanang-canangkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat.

Kalau dahulu jika terdapat pilihanraya tak kira pilihanraya kecil mahupun besar, keputusan pilihanraya akan diumum seawal yang boleh. Namun ketika ini jika keputusan memihak kepada Pakatan, media tidak mahu melaporkannya. Jika bernasib baik maka barulah ada pengumuman keputusan. Tindakan kebudak-budakkan media Malaysia Pro BN ini begitu menyedihkan terutama didalam kempen menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Kebanyakan suratkhabar di pasaran yang pro BN jualannya amat merosot. Hanya suratkhabar tabloid seperti Metro Harian yang masih laris. Itupun disebabkan cerita-cerita hangat diletakkan sebagai tajuk besar seperti rogol, skim cepat kaya, masalah sex, cerita isteri curang, dan sebagainya. Inikah yang bakal menjadi bacaan utama rakyat Malaysia?

Sebagai rakyat Malaysia saya merasa cukup sedih dengan perkembangan media yang ada ketika ini. Wartawan di Malaysia tiada kebebasan. Walaupun mereka tahu berita yang akan dipaparkan tidak benar sama sekali, mereka terpaksa melaporkan demi sesuap nasi. Jika begini bagaimana media dapat mendidik rakyat? Media terpaksa mengikut telunjuk puak pemerintah. Akhirnya Media akan terus rosak tanpa sebarang pembaharuan untuk masa hadapan rakyat yang lebih baik.

TAKBIRR!!

http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter