MENAMATKAN PERKHIDMATAN PENGERUSI JKKK DAN BUBAR JKKK ADALAH PERBUATAN DENDAM

Ramai pihak yang berpendapat bahawa menamatkan perkhidmatan Ketua Kampung dan bubar JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah perbuatan membalas dendam UMNO BN terhadap rakyat itu sendiri.

Perbuatan itu juga mencerminkan bahawa kerajaan haram BN tidak menghormati pilihan rakyat. Ketua Kampung kerajaan PR adalah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Yang turut mengundi mereka juga mungkin ahli-ahli UMNO. Mereka mendapat kepercayaan dari rakyat sama sebagaimana kerajaan PR mendapat kepercayaan iaitu melalui pilihanraya. Tempoh perkhidmatan mereka adalah selama dua tahun sebagaimana yang terkandung dalam tatacara pemilihan Ketua Kampung, selagi tempoh perkhidmatan mereka belum tamat, mereka tidak boleh diberhentikan begitu sahaja, melainkan mereka hilang kelayakan disebabkan faktor-faktor tertentu seperti disabitkan dengan kesalahan jenayah, kematian atau penyalahgunaan dadah.

Sebab itulah, kerajaan PR tidak menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh kerajaan BN, malahan mereka diberi tawaran terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31 Disember 2008. Sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan dan tidak bersedia berkhidmat dengan kerajaan PR. Oleh kerana mereka berhenti dengan kerelaan sendiri, kerajaan PR menghormati perletakan jawatan tersebut dan membuat perlantikan baru Ketua Kampung dengan menyerahkan mandat kepada orang kampung memilih Ketua Kampung mereka melalui pilihanraya.

Tetapi UMNO BN telah tidak menghormati keputusan rakyat. Tindakan menggunakan Pegawai-pegawai Daerah mengeluarkan surat menamatkan perkhidmatan semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK juga perbuatan yang tidak bertanggungjawab seolah-olah Pegawai Daerah yang memecat mereka. Ketua-ketua Kampung setelah dipilih oleh rakyat, mereka mendapat surat watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Perak selama dua tahun.

UMNO BN mengkhianati mandat dan amanah ini dengan menamatkan perkhidmatan mereka. Pada hal, dalam tempoh enam bulan mereka berkhidmat, perkhidmatan mereka cukup baik, walaupun elaun mereka tidak sebanyak yang diterima sebelum ini dan tidak sebanyak elaun Pengerusi JKKP, tetapi mereka menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan. Elaun kecil sekalipun mereka sanggup berkhidmat. Malahan ramai Ketua Kampung yang urusan elaunnya dilambat-lambatkan urusan pembayarannya oleh Penghulu Mukim, namun mereka tetap berkhidmat dengan baik. Mereka tidak merungut untuk menuntut elaun, begitu juga JKKK, setiap bulan mereka bermesyuarat, tetapi tidak ambil peduli sedikitpun elaun menghadiri mesyuarat. Saya selaku SETPOL MB tidak pernah mendapat panggilan telepon dari Ketua-ketua Kampung dan JKKK yang merungut atau menuntut elaun. Mereka telepon saya untuk membuat aduan tentang masalah rakyat dan memohon kemudahan-kemudahan untuk kebajikan rakyat.

Ketua Kampung PR dan JKKK sedikitpun tidak ada perasaan dendam pada Ketua Kampung yang lama, walaupun untuk mendapatkan kunci dewan cukup sukar daripada mereka .Malahan dewan orang ramai yang diselenggarakan oleh JKKK boleh digunakan oleh JKKP sekiranya mahu menggunakannya. Ada beberapa Ketua Kampung di Bagan Datoh yang mendapat projek menebas parit dari JPS sanggup menyerahkan sebahagiannya kepada Ketua Kampung JKKP demi menjaga perpaduan dan tidak sampai hati kepada Ketua Kampung tersebut yang hilang sumber pendapatan.

Ternyata UMNO BN dulu, kini dan selamanya tetap zalim. Siapa pun yang memimpin Perak sekiranya ia UMNO BN tetap sama kezalimannya.

http://misabah.blogspot.com

 
Load Counter