MANOHARA OH MANOHARA

Ibu nyer bikin kalut..... bikit ribut. SATU MALAYSIA dan seantero Indonesia orang terkejut. Macam-macam ceriter yang keluar tentang Manohara ...membuatkan orang membuat pelbagai persepsi dan spekulasi yang melalut dan karut marut. Kita yang membaca nyer pun, kompius... kompius....

Kata diculik dan disembunyikan??? Orang pun kata, ini mesti Hantu Kopek punya kerja. Alih-alih, muncul pulak gambar si Manohara dalam majlis-majlis umum. Si ibu pulak kata, itu gambar lama. Mana Manohara yang sebenar nyer?? Udah... pening kepala pulak. Isy.... betul ke?? Orang bertanya pada istana Kelantan, bagaimana keadaan si Manohara. Deme kata, biasa dan sihat-sihat saja.... Apa masalah nyer??

Masalah nyer, si ibu tak puas hati, selagi tak bertemu dan bertentang mata dengan anak nyer dan bercakap dari hati ke hati antara anak dan ibu. Mungkin untuk mendapatkan kepastian dan menjernihkan kesangsian di hati. Si ibu kata , sanggup berjumpa anak nyer di mana saja di tempat yang nuetral. Di Malaysia, sori... kerana halangan birokrasi. Dia serik kata nyer, dan tak mahu melalui yer sekali lagi. Pulak...... Ater, ikut kan jer ler kemahuan nyer. Bagi lah muka sikit pada si ibu. Apa salah nyer..... Kalau kita di pihak yang benar.... jangan takut!!!


Si ibu mempunyai pandangan yang negatif tentang kemelut anak nyer ini tapi.... gambar-gambar anak nyer menunjukkan sebalik nyer. Banyak lah gambar Manohara keluar dalam media dan internet. Dalam gambar, si anak kelihatan gembira dan ceria. Bersantai bersama.... bersosial bersama..... menonton bola pun bersama. Nampak dari luar dan mata kasar, macam tak der aper-aper jer.... Apakah dalam hati sanubari nyer pun demikian juga??? Allah jua yang tahu....

Jika ada masalah antara kedua-dua belah pihak, eloklah berjumpa..... bersemuka dan bawa berbicara. Selesaikan segala masalah agar segala curiga dan buruk sangka terjawab semua nyer. Lepas tu berbaiklah semula. Tak baik bersengketa lama-lama. Tak der faedah nyer.....

Daripada ceriter rumahtangga dijaja dan menjadi buah mulut orang di merata tempat, jauh dan dekat, lebih baik 'settle'kan nyer, once and for all. Habis cerita dan orang pun tak pening kepala baca cerita tentang komer..... Komer pun tak malu dibuat nyer. IsyaAllah... hubungan Indonesia dan Malaysia pun akan terpelihara.....

http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter