Forum DS Anwar dan DS Nizar dihalang polis



IPOH (11.4.09): Forum yang dijadualkan berlangsung di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam, Ipoh anjuran Parti Keadilan Rakyat jam 9.00 malam ini terbatal akibat tiada perkenan pihak polis.


DS Anwar Ibrahim, DS Nizar, S Manikumar (Adun Bukit Selambau), Dr Lee Boon Chye (MP Gopeng) dan Shamsul Iskandar (Ketua AMK) yang sepatutnya menjadi panelis pada forum tersebut.


Pihak polis mengadakan sekatan disetiap jalan dan lorong yang menuju ke Dewan tersebut bagi menghalang kehadiran orang ramai kesitu.


Kenderaan yang bertali arus tidak putus-putus mencari jalan untuk kesitu, namun hampa. Kg Sg Rokam pada malam ini penuh sesak dengan kehadiran kenderaan orang ramai.


Alternatifnya, forum tersebut dipindahkan lokasi ke Jalan Pemimpin, Kg Manjoi. Maka petugas lalu lintas pun memaklumkan kepada semua kenderaan yang hadir untuk ke Kg Manjoi.


Setengah jam kemudian, arahan diterima mengatakan bahawa di Kg Manjoi juga terhalang di atas sebab yang sama, tiada permit.


DS Anwar dan DS Nizar pada mulanya menghadiri jamuan makan malam anjuran PKR di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar. Oleh kerana Kg Sg Rokam dan Kg Manjoi telah dihalang, maka majlis diteruskan di Dewan cina tersebut.


Makluman yang diperolehi pada waktu ini (10.45 malam), dewan 2 tingkat tersebut penuh sesak dengan orang ramai. Begitu juga di dalam kawasan halaman dewan dan juga luar dewan. Kawasan sekitar telah dipenuhi dengan kenderaan yang diletakkan di kedua-dua arah. Orang ramai masih berpusu-pusu datang.












http://ajijoi.blogspot.com/

 
Load Counter