Bukti rakyat tendang terajang kerajaan haram BN Perak yang dikepalai Zamry Abdul Kader


Kempen BN di Bukit Gantang "Mohon Restu Rakyat" tapi di bawah bukit mereka menggodam kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat. Macam mana rakyat nak beri restu?




PEMUDA PAS mendesak agar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak segera dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahukan, lapor Irwan Muhamad Zain.

Ketuanya, Salahuddin Ayob menegaskan kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu merupakan bukti jelas rakyat menolak kerajaan haram Barisan Nasional (BN) yang dibentuk melalui rampasan kuasa.

"Kemenangan ini jelas merupakan referendum rakyat Perak yang menolak kerajaan haram BN.

"Warga Bukit Gantang mewakili seluruh rakyat Perak telah memberikan mesej mereka agar pembubaran Dun harus dilakukan segera," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan suara rakyat Malaysia sekali lagi diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

Keputusan di kedua-dua tempat tersebut tegas beliau membuktikan perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno tidak memberikan kesan dan ditolak oleh rakyat.

Dalam masa yang sama, Salahuddin turut mempersoalkan kehilangan Ketua Pemuda Umno yang baru dipilih, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Beliau turut mempersoalkan apakah kerana Khairy dikaitkan dengan politik wang maka beliau dilarang dari turun berkempen bersama jentera BN yang lain.

Sementara itu, Salahuddin turut merakamkan penghargaan kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang yang telah memilih Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi terutama pengundi bukan Melayu yang menaruh kepercayaan terhadap calon PAS," jelas beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mengucapkan jutaan penghargaan kepada petugas-petugas PAS di Perak dan luar Perak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kerusi parlimen Bukit Gantang kekal ditangan PAS.

Dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, Mohd Nizar memperolehi 21,860 undi manakala calon BN Ismail Safian mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau pula menyaksikan calon KeADILan S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Dato' S Ganesan dengan 10,229 undi.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

 
Load Counter